fb fb fb fb fb

Aksi boccia Paralimpik, pasangan beregu mahu kekal rentak kemenangan

Pasangan beregu boccia negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim menewaskan gandingan Ukraine, Artem Kolinko-Nataliia Konenko, dengan keputusan tipis 5-4 / Foto Bernama

PARIS, 4 September  Pasangan beregu boccia negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan peringkat kumpulan A kategori BC4 di South Paris Arena.

Pada perlawanan tersebut, pasangan beregu itu menewaskan gandingan Ukraine, Artem Kolinko-Nataliia Konenko, dengan keputusan tipis 5-4.

Walaupun ketinggalan pada end pertama, Abdul Razzaq dan Noor Askuzaimey berjaya bangkit pada end kedua untuk menguasai permainan dan memastikan kemenangan.

Jelas Abdul Razzaq, mereka akan terus memberikan yang terbaik sepanjang kejohanan tersebut.

“Kami hanya fokus untuk melakukan yang terbaik dan tidak mahu memikirkan terlalu banyak. Lawan kami mempunyai pengalaman yang luas dalam kejohanan seperti ini, jadi kemenangan ini agak tidak disangka, Alhamdulillah,” katanya selepas tamat perlawanan pada, Selasa.

Menurut format pertandingan, hanya pasangan beregu yang menduduki tempat teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN