EZEIZA, 4 September - Pertahanan Argentina, Lisandro Martinez, meratapi ketiadaan kapten Lionel Messi dan Angel Di Maria yang kini bersara daripada skuad kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Chile.
Namun, Martinez menegaskan pada Selasa, 3 September, bahawa juara dunia itu akan menyesuaikan diri dengan keadaan.
Messi akan terlepas pertembungan dengan Chile akibat kecederaan buku lali yang dialaminya semasa final Copa America menentang Colombia, yang dimenangi oleh Argentina.
Sementara itu, Di Maria, yang telah bersara daripada perlawanan antarabangsa selepas Copa America, akan menerima penghormatan semasa perlawanan tersebut.
Argentina akan menerima kunjungan Chile di stadium Monumental, Buenos Aires pada hari Khamis, 5 September, sebelum berdepan Colombia lima hari kemudian di Barranquilla,
Ketika ini, Argentina mendahului carta kelayakan dengan 15 mata, manakala Chile berada di tempat kelapan dengan lima mata. - Reuters