KUALA LUMPUR, 24 Mei - Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mencipta sensasi apabila mara ke final Malaysia Masters 2025. Ini sekali gus bakal berentap dengan rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi ‘All-Malaysian Final’ di Axiata Arena.
Gandingan nombor tiga dunia itu menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, dalam pertarungan sengit tiga set, 21-19, 17-21, 21-15, yang berlangsung selama 64 minit.
Kemenangan ini membuka peluang Malaysia menamatkan kemarau kejuaraan beregu lelaki di kejohanan berprestij tanah air,kali terakhir Malaysia memenangi gelaran dalam acara beregu lelaki adalah pada 2013 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.