fb fb fb fb fb

AFF B23 : Harimau Muda tersingkir, tewas kali kedua kepada Laos

PHNOM PENH, 21 Februari - Skuad negara tersingkir dari Kejuaraan AFF Bawah 23 tahun selepas tewas kali kedua kepada Laos 0-2 di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja, malam ini.

Sebelum ini skuad negara tewas 1-2 di tangan Laos pada aksi pertama pada Jumaat lalu.

Misi negara untuk meraih kemenangan sekurang-kurangnya dengan keputusan 2-0 dimusnahkan menerusi jaringan cantik hasil sepakan percuma ketua pasukan Laos, Bounpachan Bounkong pada minit ke-43.

Skuad Brad Maloney dilihat lebih mendominasi permainan dan banyak melakukan percubaan pada babak kedua gagal mendapatkan sebarang jaringan.

Sebaliknya Laos berjaya menambah gol kedua pada minit ke-86 menerusi Souksakhone Bouaphaivanh.

Keputusan berkenaan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu membolehkan Laos layak ke separuh akhir dengan 6 mata penuh menewaskan skuad negara dengan agregat 4-1.

 

Media Baharu