MARRAKESH, 28 Disember- Ketua jurulatih Ivory Coast, Emerse Fae menjangkakan aksi sengit menentang Cameroon dalam perlawanan Kumpulan F Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Fae berkata pertemuan dengan Cameroon sentiasa mencabar walaupun pasukan itu melalui persiapan yang tidak menentu sebelum kejohanan bermula.
Cameroon sebelum ini dilaporkan berdepan isu dalaman apabila legenda bola sepak negara itu, Samuel Eto’o yang kini Presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon, memecat ketua jurulatih kebangsaan.
Jurulatih baharu, David Pagou pula menggugurkan beberapa pemain berpengalaman dan memberi kepercayaan kepada pemain muda.
Pagou yakin tenaga pemain muda mampu menampung kekurangan pengalaman dalam kejohanan tersebut.
Kemenangan buat mana-mana pasukan akan memastikan tempat ke pusingan 16 terbaik. -REUTERS