TANGIER, 28 Disember- Jaringan pemain sayap Senegal, Sadio Mane pasukannya bangkit mencatat keputusan seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) dalam aksi Kumpulan D Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang berlangsung pada Sabtu malam (27 Disember).
Keputusan itu sekali gus mengekalkan kedudukan Senegal selaku pendahulu kumpulan.
DR Congo terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Cedric Bakambu pada minit ke-61, sebelum Mane menyamakan kedudukan lapan minit kemudian.
Gol tersebut merupakan jaringan ke-51 Mane bersama skuad kebangsaan Senegal, yang dilabel antara pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan.
Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul empat mata selepas dua perlawanan dan berada pada landasan terbaik untuk mara ke pusingan 16 terbaik menjelang aksi terakhir kumpulan pada Selasa (30 Disember).
Senegal kini mendahului DR Congo dari segi perbezaan jaringan selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Botswana dalam perlawanan pembukaan pada Isnin (22 Disember) manakala DR Congo menewaskan Benin 1-0 pada hari yang sama. -REUTERS