CASSINO, 28 Disember- Larian obor Olimpik meneruskan perjalanannya merentasi kawasan tengah Itali pada Sabtu, melalui bandar bersejarah Sermoneta dan Cassino.
Larian tersebut disambut penduduk tempatan dengan pelbagai acara dan sorakan.
Obor berkenaan dinyalakan bulan lalu di Olympia, Greece, lokasi asal Sukan Olimpik purba, sebelum diserahkan kepada penganjur Itali pada awal Disember.
Ia memulakan larian rasminya dari Stadio dei Marmi yang bersejarah di Rom pada 6 Disember lalu.
Larian obor Olimpik itu dijadual merentasi kira-kira 12,000 kilometer, melalui kesemua 110 wilayah di Itali serta lebih 300 perbandaran, menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Milan dan Cortina d’Ampezzo dari 6 hingga 22 Februari, sebelum diikuti Sukan Paralimpik pada Mac.
Pada Ahad (28 Disember), obor Olimpik akan meneruskan perjalanan seterusnya dari Avellino ke Potenza. -REUTERS