JEDDAH, 28 Disember- Al Ittihad mencatat kemenangan 2-0 ke atas Al Shabab dalam aksi Liga Pro Arab Saudi yang berlangsung pada Sabtu malam (27 Disember).
Perlawanan yang diadakan di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah itu menampilkan dominasi pasukan tuan rumah apabila membuka jaringan seawal minit ke-16.
Gol pertama itu hasil sepakan Ahmed Al Ghamdi sebelum Steven Bergwijn mengesahkan kemenangan dengan gol kedua pada lewat permainan.
Kemenangan itu melonjakkan Al Ittihad ke kedudukan keenam liga dengan mengumpul 17 mata hasil lima kemenangan, dua keputusan seri dan tiga kekalahan.
Sementara itu, Al Shabab kekal di tangga ke-13 dengan lapan mata. -REUTERS