fb fb fb fb fb

Addeen rangkul kejuaraan ketujuh PSA di New Zealand

Pemain skuasy lelaki negara, Addeen Idrakie / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Pemain skuasy lelaki negara Addeen Idrakie, merangkul kejuaraan ketujuh dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas muncul juara Terbuka Morrinsville di New Zealand, pada Sabtu.

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Addeen menewaskan rakan senegara Joachim Chuah dalam aksi lima set di Kelab Skuasy Morrinsville dengan keputusan 7-11, 11-9, 9-11, 11-8, 11-4.

Bagaimanapun, kemenangan pemain berusia 31 tahun itu sedikit tercalar apabila Joachim mengalami kecederaan ketika kedudukan terikat 4-4 pada set penentuan dan terpaksa meneruskan permainan dalam keadaan terhincut-hincut.

“Joachim beraksi dengan baik dan memberi tentangan sengit. Kali terakhir saya memenangi kejohanan ialah pada 2023 di Australia. Saya gembira dapat meraih gelaran semula selepas berehat lima bulan daripada skuasy,” katanya menerusi kenyataan SRAM.

Kejayaan itu merupakan gelaran ketujuh PSA buat Addeen, selepas kali terakhir menjuarai North Coast Open di Australia. - BERNAMA

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE