JEDDAH, 16 September - Al Ahli memulakan misi mempertahankan kejuaraan AFC Champions League Elite dengan kemenangan 4-2 ke atas PFC Nasaf selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama.
Pasukan pelawat mendahului hasil dua jaringan Khusayin Norchaev, namun juara bertahan kembali mengikat kedudukan menerusi dua gol Enzo Millot.
Riyad Mahrez kemudian meletakkan Al Ahli di depan pada masa kecederaan sebelum Mohammed Sulaiman menambah gol keempat dengan sentuhan terakhir perlawanan.
PFC Nasaf terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Alibek Davronov dilayangkan kad merah.-REUTERS
