fb fb fb fb fb

Aaron Chia bakal terima insentif daripada kerajaan negeri Melaka

Foto Instagram Aaronchiatengfong

MELAKA, 1 September- Pemain beregu lelaki negara yang berjaya bergelar juara dunia kelahiran Melaka, Aaron Chia, bakal menerima insentif daripada kerajaan negeri Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kejayaan aaron bersama pasangannya Soh Wooi Yik, yang menamatkan penantian gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo, Jepun baru-baru ini amat membanggakan negara.


(Aaron dan pasangan beregunya Soh Wooi Yik / Foto badmintonphoto_official )

Katanya, melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) baru-baru ini telah membincangkan berkenaan perkara berkenaan namun belum memutuskan bentuk insentif yang akan diberikan.

"Mesyuarat baru-baru ini majlis kerajaan negeri ada juga membincangkan kita akan memberikan saguhati seperti biasa pada mana-mana acara sukan anak-anak Melaka yang terlibat menaikkn nama negeri melaka yang asal dari Melaka akan diberikan saguhtai yg berpatutan atas sumbang bakti mereka yg menaikkan nama secara langsung menaikkan nama Melaka” katanya di sini.

Media Baharu