MELAKA, 24 September - 16 pasukan bakal berentap untuk merebut Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-102 yang akan berlangsung di Melaka pada 18 hingga 27 Oktober depan.
Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka Datuk Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali berkata, lapan lokasi akan digunakan sepanjang kejohanan berlangsung antaranya Stadium Hang Tuah, Stadium Tun Fatimah, padang Henry Gurney, Drago Arena, Bukit Katil , padang 10 Wisma MAFA dan Kompleks Rakan Muda Alor Gajah.
Katanya, aksi pembukaan melibatkan Piala Agong antara pasukan Pahang dan Selangor pada 18 Oktober di Stadium Hang Tuah nanti, akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
"Dan Insya-Allah kita mengambil kesempatan tahun ini sebagai Tahun Melawat Melaka. Dengan kehadiran seluruh negara untuk bersama-sama berkampung di negeri Melaka, peminat-peminat bola sepak Melayu Melaka dan peminat bola sepak Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan Piala Emas Raja-Raja ini.
"Kehadiran meraka ke negeri Melaka pada tahun ini sekali gus selain dapat memeriahkan pertandingan ini Insya-Allah dapat memeriahkan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024," katanya dalam sidang media selepas wawancara Konti Sukan RTM di Melakafm.