fb fb fb fb fb

Para Sukma 2024: Atlet tuan rumah cipta rekod baharu acara lontar peluru F54

Jap Soon Hung

KUCHING, 24 September - Atlet tuan rumah Jap Soon Hung mencipta rekod baharu dalam acara Lontar Peluru Lelaki F54, 4 kilogram dengan balingan sejauh 8.22 meter.

Ia sekaligus berjaya memecah rekod peribadinya iaitu 8.18 meter yang dicipta pada temasya Para SUKMA sebelum ini.

“Ini memang saya selalu break record lah. Esok ada renjam lembing dan cakera. Saya harap dapat buat rekod baharu semualah” katanya.

Atlet Sabah Freddy Waldie berada di tempat kedua selepas melakukan balingan sejauh 5.68 meter.

Manakala rakan senegerinya Muhamad Khairi Military Lorin berada di tempat ketiga dengan catatan balingan sejauh 5.52 meter.

Trainee