KUALA LUMPUR, 20 Julai- Sejumlah 29 atlet iaitu yang paling ramai, disahkan akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 Sept kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Beliau berkata seorang lagi iaitu atlet sukan tenis kerusi roda, juga berkemungkinan akan menyertai temasya sukan empat tahun sekali itu.
Megat D Shahriman berkata keputusan itu disahkan selepas jawatankuasa pemilihan MPM bermesyuarat hari ini, bagi mengesahkan senarai akhir atlet yang akan mewakili negara.
“Proses pemilihan ini satu prosedur wajib seperti dinyatakan dalam Perlembagaan MPM dan seperti garis panduan dikeluarkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam pemilihan atlet untuk mengambil bahagian di Paris 2024.
“Atlet yang layak bermakna layak dengan nama, kedudukan dan dwipihak. Setiap sukan mempunyai kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Antarabangsa yang mengawal selia sukan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jawatankuasa pemilihan diketuai Megat D Shahriman dan dibantu pegawai kanan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), wakil persatuan kebangsan berkaitan dan Chef de Mission Datuk Subramaniam Raman Nair.
Megat D Shahriman berkata mengenai atlet tenis kerusi roda itu, penyertaannya kini masih menunggu kelulusan IPC yang dijangka membuat keputusan pada 2 Ogos.
Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebanyak 22 atlet Malaysia menyertai sembilan jenis sukan.
Senarai atlet paralimpik yang akan mewakili Malaysia di Paris:
Olahraga:
- Datuk Abdul Latif Romly- lompat jauh
- Muhammad Nazmi Nasri- lompat jauh
- Jonathon Wong Kar Gee- lompat jauh
- Muhammad Ziyad Zolkefli- lontar peluru
- Eddy Bernard- 100 meter (m)
- Muhammad Ammar Aiman Bin Nor Azmi- 400m
Berbasikal :
- Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin- lebuh raya & trek
- Muhammad Adi Raimie Amizazahan- lebuh raya & Trek
- Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais- lebuh raya & trek
- Nurul Suhada Zainal- pilot
- Nur Suraiya Binti Muhamad Zamri- lebuh raya & trek
- Farina Shawati Binti Mohd Adnan- pilot
Badminton:
- Cheah Liek Hou- perseorangan
- Mhd Amin Burhanuddin- perseorangan
- Muhammad Fareez Anuar- perseorangan
- Muhammad Ikhwan Ramli- beregu WC
- Noor Azwan Noorlan- beregu WC
Memanah:
- Suresh Selvatamby- recurve
- Nur Jannaton Abdul Jalil- compound
- Daneshen Govinda Rajan- compound
Boccia:
- Abdul Razzaq Abdul Rahman BC4 – perseorangan & beregu
- Noor Askuzaimey Mat Salim BC4 – perseorangan & beregu
- Lee Chee Hoong BC2 – perseorangan
Powerlifting:
- Bonnie Bunyau Gustin- sehingga 72 kilogram (kg)
- Nicodemus Manggoi Moses- sehingga 97kg
- Jong Yee Kee- sehingga 107kg
Tenis Kerusi Roda:
- Mohamad Yusshazwan Yusoff- perseorangan & beregu
- Abu Samah Borhan- beregu (masih menunggu pengesahan)
Renang:
- Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan- 100m
- Muhammad Nur Syaiful Zulkafli- 50 / 100 / 200 / 100m
- BERNAMA