fb fb fb fb fb

144 Pelumba berentap penganjuran sulung sukan berbasikal MAKSAK

KUALA NERUS, 23 Oktober- Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) mencipta penanda aras baharu tersendiri setelah penganjuran sulung perlumbaan berbasikal lebuh raya berjaya menarik penyertaan seramai 144 pelumba yang melibatkan 12 pasukan.

Tiga kategori acara menjadi taruhan iaitu Ujian Masa Berpasukan (TTT), Ujian Masa Individu (ITT) dan Kriterium di mana melibatkan 9 acara keseluruhan berlansung sepenuhnya di pusat Pentadbiran daerah Kuala Nerus, Bandar Al-Wathiqu Billah yang menjadi tempat bagi edisi pertama penganjuran ini.


(Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil)

Pelumba Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Harrif Saleh menepati ramalan untuk muncul juara bagi acara tumpuan Criterium Lelaki Terbuka yang menamatkan kayuhan sejauh 34.4km dalam cuaca hujan dengan catatan masa 50 minit 32.551 saat untuk menafikan pasukan MAKSAK Perlis di tempat kedua dan MAKSAK Terengganu di tempat ketiga sekali gus melabuhkan tirai penganjuran yang telah berlangsung selama dua hari.

Manakala bagi juara keseluruhan milik Majlis Sukan Polis diraja Malaysia (PDRM) yang cemerlang mendominasikan podium bagi setiap acara yang dipertandingkan.

"Dalam sukan berbasikal MAKSAK ini, amat teruja dengan kemenangan ini dan pasukan kami dengan semangat Esprit Corps yang ada telah mengungguli sukan ini," kata Pengelola Majlis Sukan PDRM, Superintenden Mohd Zairi Baddrol.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, pada edisi sulung ini Terengganu selaku tuan rumah menerima maklumbalas positif daripada MAKSAK selaku pemegang taruh utama untuk sekali lagi menjadi tuan rumah pada edisi seterusnya.

"Kita harapkan di penganjuran akan datang, akan lebih mantap lagi dan kita dapat lagi penyertaan lebih ramai menerusi banyak lagi acara, selain daripada penganjuran buat kali pertama ini," katanya kepada RTM malam tadi.

Pengalaman di pihak kerajaan negeri yang pernah turut terlibat dalam beberapa penganjuran sukan berbasikal berskala dalam negeri ini memberi kelebihan buat tuan rumah.

Media Baharu