(Tan Sri Annuar bercakap kepada pemberita semasa majlis Sekalung Budi MenKOMM
di Kementerian Komunikasi dan Multimedia/BERNAMA)
PUTRAJAYA, 17 November- Berwaspada dengan maklumat yang disebarkan menerusi media sosial pada fasa akhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
Peringatan ini dikeluarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memandangkan terdapat berita palsu yang sengaja direka pelbagai pihak demi menarik perhatian pengundi.
"Jadi cabaran orang ramai adalah untuk tapis berita sedemikian supaya tidak mudah terpengaruh apa sahaja dilihat di hadapan.
"Kita ada agensi rasmi BERNAMA, RTM yang hanya melaporkan berita tepat dan benar.
"Saya harap itu dapat bantu rakyat namun tak boleh menyekat media sosial. tapi perlu ada tapisan," kata Annuar kepada media selepas menghadiri Majlis Sekalung Budi MenKOMM di sini.
Beliau mengulas mengenai berita tular di media sosial berkaitan ramalan dan dapatan kajian badan bebas berhubung sentimen penerimaan pengundi terhadap Barisan Nasional.
(Berwaspada dengan maklumat yang disebarkan menerusi media sosial pada fasa akhir
kempen PRU15)