fb fb fb fb fb

PRU15: Polis Melaka lancar OP Lancar kawal kesesakan trafik

(Foto fail)

MELAKA, 17 November- Bagi mengawal kesesakan lalu lintas berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Sabtu ini, Polis Melaka melancarkan operasi khas atau dikenali OP Lancar.

Fokus Utama OP Lancar ialah memastikan tiada sebarang sekatan jalan raya diadakan, sebaliknya anggota polis trafik akan ditempatkan sepenuh masa di jalan-jalan utama bagi memastikan kelancaran trafik.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah memohon kerjasama orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan, termasuk tidak meletak kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga menghalang lalu-lintas.

Sentiasa ikut nasihat dan beri kerjasama kepada polis yang bertugas di lapangan.

(Polis Melaka lancar OP Lancar kawal kesesakan trafik)

Media Baharu