fb fb fb fb fb

Warga emas OKU semangat turun mengundi di SK Pontian

ROMPIN, 7 Disember - Pengundi warga emas, Aminah Sidek, 62 tahun antara yang hadir awal mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Dewan Negeri (DUN) Tioman.

Aminah yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) telah mengundi sejak usia 21 tahun dengan lapan kali mengundi.

Kekurangan dialaminya sejak lahir tidak mematahkan semangatnya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


(Dia ditemani kakaknya, Asmah Sidek, 65 tahun yang turut
mengundi di pusat pengundian sama)

Menurutnya, kerana kecintaan terhadap negara, Aminah bertolak ke pusat pengundian itu seawal pukul 7.00 pagi dari rumahnya di Kampung Feri, Kuala Rompin iaitu kira-kira 30 minit untuk sampai di pusat pengundian.

Dia ditemani kakaknya, Asmah Sidek, 65 tahun yang turut mengundi di pusat pengundian sama.

PRU-15 DUN Tioman menyaksikan persaingan lima penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain Barisan Nasional (BN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas) serta calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Media Baharu