ROMPIN, 7 Disember- Pengundi mulai hadir ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian, Kuala Rompin sejak pukul 7.30 pagi tadi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Dewan Negeri (DUN) Tioman.
Pusat pengundian tersebut mula dibuka pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang, melibatkan 3,272 pengundi.
Lima saluran mengundi dibuka di pusat pengundian terbabit.
(Pusat pengundian mula dibuka pada pukul 8.00 pagi
sehingga pukul 6.00 petang)
PRU-15 DUN Tioman menyaksikan persaingan lima penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain Barisan Nasional (BN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas) serta calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly.
Pada PRU14, DUN tersebut dimenangi Mohd Johari Hussain daripada BN dengan 6,662 undi.