fb fb fb fb fb

Majikan diingatkan benar pekerja keluar mengundi

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Majikan diingatkan supaya membenarkan pekerja yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang esok.

Sekiranya gagal dilakukan ia boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak turut menasihati pengundi agar tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.

Pengundi digalakkan untuk mengikut masa yang dicadangkan pada aplikasi MySPR Semak.

Bagaimanapun; pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang atau mengikut waktu yang telah diwartakan.

Pengundi juga boleh membuat semakan melalui aplikasi MySPR Semak atau boleh melakukan semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040.

Seramai 132,955 individu bakal mengundi di Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang bagi DUN Tioman.

Semua pihak dinasihat mematuhi undang-undang dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses agar tidak mengganggu ketenteraman awam.

(Foto hiasan)

Media Baharu