PULAU TIOMAN, 7 Disember - Proses mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Negeri (DUN) Tioman berjalan lancar hingga tengah hari ini, walaupun hujan sejak awal pagi.
Seramai 2,010 pengundi berdaftar dijangka akan mengundi di lima pusat mengundi sekitar Pulau Tioman.
Ia melibatkan 1,144 pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tekek, 311 di Sekolah Kebangsaan (SK) Juara dan 273 lagi di Balai Raya Kampung Genting.
Seramai 185 pengundi pula di SK Mukut sementara 97 pengundi di pusat mengundi Salang Pusaka Resort Tioman.
Semua pusat mengundi dibuka bermula pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang, kecuali di SMK Tekek, hingga 3.00 petang.
Tinjauan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf di SMK Tekek pagi tadi mendapati beliau berpuas hati dengan kelancaran proses mengundi berkenaan.
"Rondaan semalam kita melihat dalam keghairahn kempen diakhir waktu... Alhamdulillah tidak ada insiden menarik perhatian, gugat ketenteraman awam dan sebagainya. Semua menunjukkan kematangan," kata Ramli di sini.
(Salah seorang pengundi menjalankan tanggungjawabnya diĀ SMK Tekek)
Seramai 394 anggota polis ditempatkan di semua 17 pusat mengundi hari ini bagi membantu kelancaran proses mengundi.
Ramli djtemui selepas mengadakan lawatan di pusat mengundi SMK Tekek di Pulau Tioman.