KUALA LUMPUR, 7 Disember- Sebanyak 36% pengundi telah menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
Bagi Dewan Negeri Tioman pula sebanyak, peratus keluar mengundi adalah sebanyak 35%.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 46 pusat mengundi dan 230 saluran dibuka untuk tujuan pengundian di Parlimen Padang Serai.
Keseluruhan seramai 132,955 individu bakal mengundi di parlimen berkenaan.
(Seramai 132,955 individu bakal mengundi di parlimen berkenaan)
"Bagi Dewan Negeri Tioman, 17 pusat mengundi yang mengandungi 52 saluran dan melibatkan seramai 28,108 pengundi," menurut kenyataan rasmi SPR di Facebook.
Pusat pengundian akan dibuka sehingga pukul 6.00 petang; waktu yang telah diwartakan.