fb fb fb fb fb

Wanita positif COVID-19 dikompaun kerana hadir ditempat mengundi

(Datuk Dr Aman Rabu)

JOHOR BAHRU, 12 Mac - Notis kompaun RM1,000 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terhadap pesakit COVID-19 yang hadir ke pusat mengundi Dewan Kampung Melayu, di sini.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu dalam kenyataan memaklumkan, wanita tersebut hadir kira-kira pukul 11.45 pagi untuk mengundi dan mendapati wanita itu positif COVID-19 Kategori 2.

Wanita berkenaan dikenakan kompaun oleh Pegawai Penguatkuasa JKNJ selepas mendapati aplikasi MySejahtera menunjukkan tanda merah.

"Individu positif adalah dilarang untuk keluar dari tempat isolasi. Pihak JKNJ sentiasa komited menjalankan pemantauan SOP PRU Dewan Negeri Johor," katanya.

Tambah Dr Aman, kegagalan mematuhi arahan boleh dikenakan kompaun mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021.

Media Baharu