(Pusat mengundi N07 Bukit Kepong ditutup petugas SPR pukul 6.00 petang tadi)
JOHOR BAHRU, 12 Mac - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, berakhir.
Kesemua 1,021 pusat pengundian ditutup sepenuhnya pukul 6.00 petang.
Peti-peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi diumumkan malam ini.
(Suasana di Pusat Mengundi Sekolah Agama Taman Bukit Mewah Kempas pagi tadi)
Setakat pukul 4.00 petang, peratusan keluar mengundi mencecah 50%.
Pilihan raya kali ini menyaksikan seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi pada PRU Dewan Negeri Johor ke-15.