fb fb fb fb fb

Wanita PBB siap sedia bantu kempen PRK DUN Jepak

BINTULU, 6 Oktober - Jentera Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Jepak yang akan diadakan pada 4 November depan.

Ketua Wanitanya merangkap Naib Presiden PBB, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, PBB dari kawasan Kakus, Tanjong Batu, Kemena dan Samalaju akan membantu PBB Jepak.

"Kita jemput ketua wanita daripada komponen-komponen parti GPS, gunakan semua sumber-sumber yang ada dalam kalangan wanita untuk membantu dalam Pilihan Raya Kecil Jepak ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB Peringkat Negeri di sini.

rtm

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom yakin calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu mempertahankan kerusi tersebut.

"Saya tidak melihat kemusykilan untuk memenangi Jepak. Cuma dalam demokrasi kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertanding, sebab itu kita mahu menyediakan jentera kita dengan sebaik mungkin untuk kita memenangi Jepak dengan bergaya," katanya.

Katanya, Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengenal pasti calon untuk DUN Jepak dan yakin calon itu adalah anak tempatan.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvensyen Khas PBB Kawasan Utara di Bintulu.

PRK DUN Jepak diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Talip Zulpilip pada 15 September lalu.

Media Baharu