fb fb fb fb fb

PRK DUN Pelangai: Pecutan terakhir berkempen

(Calon bagi PRK DUN Pelangai (dari kiri) Amizar, Kasim Samat dan Haslihelmy ketika penamaan calon)

BENTONG, 6 Oktober- Menghampiri tempoh akhir berkempen PRK DUN Pelangai, aktiviti ziarah rumah ke rumah terus dilakukan calon bertanding.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam, beliau tidak menafikan persaingan sengit merebut kerusi tersebut susulan profil kesemua calon merupakan anak jati FELDA kawasan Pelangai.

Beliau berharap penglibatannya dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anak Felda dapat menjadi kayu pengukur komitmennya terhadap masa depan generasi baharu Felda.

rtm
(Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam)

"Saya sendiri pejuang FELDA, telah berkhidmat dengan NGO daripada Majlis Belia FELDA Malaysia dan terus kepada kami, anak FELDA. Saya pakai baju kami anak FELDA. Kita telah memperjuangkan anak FELDA ini sudah, perjuangan hak peneroka, hak anak peneroka dan cucu peneroka.

"Jadi kalau diberi mandat kepada saya, kepada BN, alangkah baik dan sempurnanya, bersama dengan kerajaan negeri yang sealiran dan kerajaan persekutuan", katanya dalam program turun padang di FELDA Chemomoi.

Dalam pada itu, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat turut berkempen di kawasan sama pada sebelah pagi.

Kempen calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli pula dilihat lebih tertumpu di media sosial dengan fokus kepada isu-isu tempatan.

Media Baharu