fb fb fb fb fb

Jangan jadikan budaya menghasut dan fitnah sebagai modal raih sokongan

(FOTO RTM)

BENTONG, 6 Oktober-Budaya menghasut dan fitnah tidak sewajarnya dijadikan modal politik semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, kaedah kempen berkenaan tidak sesuai dan tidak boleh diterima oleh rakyat di negeri itu.

Fadzli yang juga Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang berkata, pengundi di kawasan DUN Pelangai perlu menolak usaha atau tindakan pihak pembangkang yang cuba melaga-lagakan masyarakat dan pemimpin hanya untuk meraih sokongan dan undi.

“Kita berharap agar budaya menghasut dan fitnah ini tidak di bawa ke negeri ini (Pahang) semata-mata ingin meraih sokongan atau undi.

"Kerana ini bukan budaya di Pahang", katanya kepada RTM selepas Majlis Alumni MBF Bersama Masyarakat belia asli  di Kampung Orang Asli Sungai Gapoi, Bentong, pada Khamis. .

Jelas Fadzli, segala fitnah terutamanya membabitkan isu 3R, sememangnya dilarang daripada dimainkan oleh mana-mana pihak.

Media melaporkan sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ada empat ADUN daripada BN akan 'melompat' parti selepas PRK DUN Pelangai.

Namun, dakwaan itu dinafikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang memaklumkan semua 15 ADUN BN sudah menyatakan sokongan berterusan mereka kepada kerajaan negeri sedia ada.

rtm
(Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal)

Media Baharu