fb fb fb fb fb

'Pulanglah mengundi Sabtu ini' - Wan Rosdy

Wan Rosdy (empat kiri) pada Program Meyantuni, Taqarub dan Rahmah bersama Penduduk Taman Berlian di Kluang hari ini

KLUANG, 22 September- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan menyeru kesemua pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Johor untuk pulang pada Sabtu ini bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya menyeru mereka pulang pada 28 September kerana ini adalah peluang penting untuk membuang undi. Undi mereka sangat penting bagi memilih calon yang tepat.

"Syed Hussien Syed Abdullah (Calon Barisan Nasional) adalah seorang anak muda yang berwibawa dan sangat komited. Saya yakin beliau mampu menggalas tanggungjawab dengan baik sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat di kawasan ini," katanya.

Difahamkan daripada 66,318 jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi, lebih 50 peratus berada di luar kawasan termasuk di Singapura.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang ditemui pemberita pada Program Meyantuni, Taqarub dan Rahmah bersama Penduduk Taman Berlian di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA