fb fb fb fb fb

Pengundian awal PRK Mahkota, tiga pusat mengundi dibuka

Foto hiasan

KLUANG, 23 September- Tiga pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota, esok.

Tiga pusat mengundi berkenaan ialah Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kluang membabitkan 401 pengundi, Dewan Mahkota, Kem Mahkota melibatkan 3,865 pengundi dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sir Ibrahim melibatkan 645 pengundi.

Ketiga-tiga tempat mengundi berkenaan akan dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI