(Sekitar undi awal di Dewan Sukan Angkasa, Kem Tebrau)
JOHOR BAHRU, 8 Mac - Sebanyak 63 pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15 dibuka, tepat pukul 8 pagi ini melibatkan 82 saluran mengundi.
Seramai 22,531 anggota polis, tentera, pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Mereka akan mengundi mengikut giliran yang ditetapkan.
Di Dewan Sukan Angkasa Kem Tebrau, seramai 1,032 anggota tentera dan pasangan mengundi di tiga saluran mengundi yang disediakan.
Pusat pengundian ini dibuka hingga 6 petang.
Sementara itu, di kem Majidee Batu Pahat, seramai 676 anggota tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab mengundi. Pusat pengundian dibuka hingga 5 petang.
(Sekitar undi awal di Kem Majidee Batu Pahat)
Kawalan keselamatan turut diperketat dan hanya mereka yang terlibat dalam proses pengundian dibenarkan masuk.
Proses pengundian dilihat berjalan dengan pematuhan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 yang ditetapkan seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan sanitasi tangan.