fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor : PDRM, SPRM tingkat kerjasama cegah rasuah

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Polis Johor meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan tiada sogokan berlaku sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum, PRU Dewan Negeri Johor ke-15.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata tindakan segera akan diambil kepada pesalah yang terlibat, sekiranya polis mengesan salah laku tersebut.

Setakat semalam, polis masih belum menerima laporan berhubung salah laku rasuah sepanjang tempoh berkempen.

(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

"Kita akan mengambil tindakan jika jika kita perkara perkara disebut tadi berkaitan pemberian wang dan sebagainya berlaku depan mata.

"Kita akan segera ambil tindakan. Sementara itu, kita berikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk siasatan seterusnya walaupun PDRM juga jalankan siasatan", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Rancangan Bicara Naratif Khas di TV1, malam tadi.

Media Baharu