fb fb fb fb fb

UMNO perlu ubah strategi, tangkis setiap isu dibangkitkan parti lawan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BESUT, 13 Julai-Umno tidak perlu mendiamkan diri, sebaliknya bersedia bertindak menangkis setiap isu dibangkitkan parti pembangkang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan UMNO menguasai empat negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berpunca daripada kelemahan strategi dan kelemahan parti.

"Kita kekal tetapi kita jangan terlalu fokus pada politik pembangunan dan politik perkhidmatan. tetapi kita mesti menangani isu isu dan menangani persepsi, selain mencari jalan menangani isu isu yang selama Ini dibalingkan pada kita, dan kita diam", katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di sini.

Turut hadir Pengerusi UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD