fb fb fb fb fb

Tun Mahathir ditentang empat pencabar di Langkawi

(Calon-calon bertanding kerusi P.004 Langkawi)

LANGKAWI, 5 November- Pertembungan lima penjuru disaksikan di kerusi P.004 Langkawi apabila Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kawasan Langkawi, Datuk Abdul Ghafar Yahya mengumumkan calon-calon berdaftar tepat pukul 10.50 pagi tadi dengan tiada borang pencalonan ditolak.

Calon tersebut terdiri daripada penyandang kerusi Parlimen itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dari PEJUANG mewakili GTA selain ditentang oleh 4 calon lain antaranya dari Barisan Nasional, Datuk Armishah Siraj.

Turut bertanding pada PRU kali ini ialah calon dari Pakatan Harapan, Zabidi Yahya, calon dari Perikatan Nasional iaitu Datuk Suhaimi Abdullah dan calon Bebas, Abdul Kadir Sainudin.


(Tun Dr Mahathir diiringi isteri, tiba di Pusat Penamaan Calon Pejabat Daerah Langkawi
pada pukul 8:45 pagi
)

Media Baharu