fb fb fb fb fb

Penamaan calon P035 meriah dihadiri ribuan penyokong, bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru

(Calon-calon bertanding kerusi P.035 Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 5 November- Proses penamaan calon bagi P035 Kuala Nerus berjalan lancar.

Kawasan parlimen itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara empat parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional  (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Lebih 2,000 penyokong kedua-dua parti dominan UMNO dan Pas hadir berarak memberi sokongan kepada calon parti masing-masing seawal pukul 7:00 pagi.

Tidak terkecuali penyokong parti Putra dan Amanah.

Calon daripada PN, Datuk Dr. Alias Razak manjadi calon pertama hadir menyerahkan borang pukul 9:06 pagi.

Calon daripada BN, Datuk Seri Dr Khairuddin Aman Razali pula menyerahkan borang pukul 9:11 pagi bersama penyokongnya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Apli Mohd Yusof sebagai pencadang.

Diikuti calon daripada Amanah, Datuk Seri suhaimi hashim menghantar borang pukul 9:15pagi.

Manakala calon Putra, Azaha Wahid merupakan calon terakhir mengemukakan borang pencalonan pukul 9:21 pagi.

Pengumuman calon disempurnakan pegawai pengurus pilihanraya Kuala Nerus, Ahmad Azizi Zulkifli.


(Calon PN, Datuk Dr. Alias Razak bersama penyokong)

 


(Calon BN, Datuk Seri Dr Khairuddin Aman Razali bersama penyokong)

Media Baharu