fb fb fb fb fb

PRU15: Hishammuddin berdepan saingan tiga penjuru

(Calon kerusi Parlimen Sembrong, Hishammuddin (kiri), Hasni Abas (tengah) dan Aziz Ismail)

PALOH, 5 November- Parlimen Sembrong P153 di daerah Kluang, Johor menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara wakil Barisan Nasional (BN), Perikatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Penyandang kerusi itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (BN) sekali lagi akan bertanding mempertahankan kerusi yang disandang sejak empat penggal lalu.

Beliau akan ditentang calon Hasni Abas (PH), 60 tahun serta Aziz Ismail (PN), 38 tahun.

Semua borang pencalonan masing-masing diterima Pegawai Pengurus, Jamaludin A Hamid yang turut mengumumkan nombor giliran setiap calon.

Hasni yang juga Setiausaha Pengelola Keadilan Johor tiba kira-kira pukul 9.00 pagi, diikuti Aziz, lima minit kemudian.

Aziz juga merupakan Ketua Penerangan Sembrong dan anak jati kelahiran Felda Bukit Tongkat, Kluang.

Parlimen Sembrong mempunyai 54,982 pengundi berdaftar dengan dua DUN iaitu Kahang dan Paloh.

Pada PRU14 lalu, Hishammuddin selaku penyandang kerusi Parlimen Sembrong, meraih sebanyak 21,353 undi dan menang dengan majoriti 6,662 undi selepas menewaskan calon PKR iaitu Onn Abu Bakar yang meraih 14,691 undi.

(Calon parlimen Sembrong menghantar borang pencalonan pagi tadi)

Media Baharu