(Calon-calon bertanding P098 Gombak)
GOMBAK, 5 November- Proses penamaan calon kerusi parlimen P098 Gombak berjalan lancar pagi tadi di Sekolah Mengengah Kebangsaan Sungai Pusu.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nor Azlina Abd Aziz mengumumkan kerusi P098 Gombak akan menyaksikan pertandingan lima penjuru.
Lima calon tersebut ialah Datuk Megat Zulkarnain Omardin dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd tahir dari Pejuang dan Calon Bebas, Ir Zulkifli Ahmad dari Parti Bahtera Sejahtera Malaysia.
Berdasarkan data daftar pemilih sehingga 15 Oktober lalu, seramai 206,744 pengundi layak mengundi di Parlimen P098 Gombak pada PRU15 kali ini.
(Calon BN Datuk Megat Zulkarnain Omardin)
(Calon PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) dan Datuk Seri Amirudin Shari
dari Pakatan Harapan PH)