fb fb fb fb fb

PRU15: Empat penjuru di parlimen Padang Terap

(Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di PPC Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap)

PADANG TERAP, 5 November- Di Parlimen Padang Terap, Kedah menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN); Pakatan Harapan (PH); dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Senarai nama calon yang layak bertanding bagi Parlimen Padang Terap diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P007 Padang Terap, Datuk Abd Ghani Zainudin di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap di Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.

Mereka yang layak bertanding mewakili BN ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga penyandang kerusi parlimen itu iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau akan dicabar calon daripada Perikatan Nasional (PN), Ustaz Nurul Amin Hamid; Muaz Abdullah (PH); dan Razali Lebai Salleh (PEJUANG).

Pada PRU15 kali ini, seramai 59,806 orang pemilih layak mengundi di kawasan Parlimen Padang Terap.

Untuk rekod pada PRU14 lalu, Datuk Seri Mahdzir menang kerusi parlimen Padang Terap dengan majoriti 1,099 undi menewaskan calon daripada PAS dan PKR.

(PPC Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap di Kuala Nerang)



Media Baharu