KUALA LUMPUR, 3 November- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji calon UMNO untuk menyokong Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri, tular.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata SPRM ada menerima laporan berhubung penularan surat aku janji berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
Aku janji dengan kepala surat UMNO yang tular memaparkan tandatangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Ia antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan Barisan Nasional yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.
SPRM akan memanggil pihak yang berkaitan bagi membantu siasatan kes terbabit.
Antara yang akan dipanggil, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang namanya disebut dalam aku janji berkenaan.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menerusi Facebook beliau menyifatkan surat aku janji tersebut sebagai satu lagi fitnah kepada Barisan Nasional (BN).
(Aku janji dengan kepala surat UMNO yang tular memaparkan tandatangan Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan)