fb fb fb fb fb

Tambun, Larut dan Bagan Datuk, lokasi 'panas' PRU15

Foto Fail/BERNAMA

IPOH, 3 November - Tambun, Larut dan Bagan Datuk, kawasan yang dikenal pasti polis Perak sebagai lokasi 'panas' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada calon dan parti yang bertanding di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Pertambahan anggota akan dibuat di kawasan tersebut berdasarkan kepada kajian dan penilaian oleh Ketua Polis Daerah sekiranya berlaku situasi tidak aman di kawasan panas berkenaan.

"Kita akan mengenal pasti dan membuat penilaian serta kajian jika berlaku pertembungan atau kecenderungan ketidakamanan.

Kita akan menambah anggota di kawasan lokasi panas tersebut dan bergantung kepada Ketua Polis Daerah untuk membuat penugasan di kawasan pusat penamaan calon tersebut," kata Mohd Yusri kepada RTM dalam sidang media khas di sini.

Seramai 7,963 pegawai dan anggota akan diatur gerak sepanjang PRU15 ketika hari penamaan calon, tempoh berkempen, undi awal dan hari mengundi.

Penugasan itu turut dibantu Sukarelawan Simpanan Polis Polis Diraja Malaysia (SSPPDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membabitkan seramai 1,794 kekuatan.


(Foto Fail)

Media Baharu