fb fb fb fb fb

PRU15: Rosol Wahid tidak gentar pertembungan empat penjuru

HULU TERENGGANU, 3 November - Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu, Datuk Rosol Wahid tidak gentar dengan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi merebut kerusi parlimen Hulu Terengganu.

Beliau menyatakan keyakinan, rakyat di parlimen itu bijak membuat pilihan untuk memilih calon yang mereka mahukan.

Rosol juga percaya rakyat di Hulu Terengganu boleh menilai dan lebih matang untuk membuat pemilihan yang tepat.

(FOTO HIASAN)

"Insya-Allah berdasarkan perkhidmatan yang kita buat sejak menjadi ahli parlimen atau sejak 1999 saya di Hulu Terengganu tidaklah menjadi satu benda yang berat kerana saya tahu, saya yakin pengundi-pengundi Hulu Terengganu ini matang," katanya.

Hari ini Gerakan Tanah Air, GTA turut mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu iaitu Mohd Khadri Abdullah.

Ia menjadikan pertembungan empat kerusi di parlimen itu melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Media Baharu