fb fb fb fb fb

Punca saya tidak tersenarai sebagai calon PRU15 diketahui hari ini - Noh Omar

SHAH ALAM, 4 November - Persoalan mengapa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar tidak tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diketahui sepenuhnya hari ini.

Perkara tersebut akan dijelaskan beliau dalam majlis pengenalan calon di Tanjung Karang, Selangor.

Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu, beliau bersifat terbuka dan tidak mempunyai sengketa dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen itu.

(Tan Sri Noh Omar)

"Presiden parti beritahu saya...kita bagi tempoh dua hari katanya akan panggil saya balik untuk berbincang semula mengenai calon di Tanjung Karang. Jadi saya tunggu panggilan daripada presiden parti untuk berbincang dengan saya tetapi tidak ada respon," katanya.

Tambah Noh, beliau akur kerana tidak tersenarai sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Tanjung Karang.

Media Baharu