fb fb fb fb fb

Calon PRU15 dilarang sampaikan khutbah Jumaat di Pulau Pinang

(FOTO HIASAN)

BUTTERWORTH, 4 November - Khutbah Jumaat di Pulau Pinang hanya boleh disampaikan oleh khatib yang dilantik dan menggunakan teks yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata tiada calon politik diberi kebenaran untuk menyampaikan khutbah Jumaat di masjid.

Ini bagi mengelak institusi itu dicemari perkara yang tidak diingini dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

(Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman)

"Masjid-masjid di Pulau Pinang...khutbah Jumaat seharusnya disampaikan oleh khatib yang telah dilantik jadi kita tidak menggalakkan individu-individu yang di luar daripada kumpulan tersebut untuk menyampaikan khutbah terutama sekali di dalam musim Kempen PRU15 ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang di Masjid Daerah Seberang Perai Utara, di sini.

Tambah Zakiyuddin, parti politik juga diingatkan supaya tidak memasang bendera, kain rentang dan poster di pagar atau dalam kawasan masjid kerana ia merupakan satu kesalahan.

Media Baharu