MELAKA, 14 November- Tuduhan kononnya terdapat anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dibayar adalah keterlaluan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat kini sudah bijak menilai dan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih gagal mengemukan sebarang bukti kukuh.
(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)
"Jadi saya tengok politik sebegini rupa akhirnya orang dapat menilai sendiri sama ada apa yang mereka cakapkan mereka serius atau tidak, saya ada jawab isu tentera tadi tapi saya rasa dia keterlaluan kali ini dan dia silap,
"Saya rasa ramai ahli-ahli anggota ramai juga marah dengan Anuar Ibrahim kerana dia orang tengok kalau hendak berpolitik pun jangan smpi sanggup melakukan dan buat tuduhan yang dulu dia kata ada bukti sampai hari ini tiada bukti,ā€¯katanya.
Beliau yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) berkata ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra bersama jentara parti di Dewan Alamanda, Jasin.
Beliau terdahulu mengulas tindakan Anwar yang masih belum mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dibayar RM300 untuk berbuat demikian.