fb fb fb fb fb

1,126 pengundi keluar undi awal esok di Langkawi

LANGKAWI, 14 November- Seramai 1,126 pengundi akan keluar mengundi awal esok bagi Parlimen P.004 Langkawi.

Jumlah pengundi awal itu membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan di empat pusat mengundi yang mula dibuka bermula 8 pagi.


(Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya)

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, pusat mengundi tersebut adalah Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Dewan Serbaguna Integriti IPD Langkawi, Bilik Mesyuarat Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1 dan Dewan Tun Rahah Markas WilayahLaut 3 TLDM (Mawila 3).

"Hari ini pasukan petugas SPR bagi undi awal telah siap membuat penyemakan dan insya-Allah esok pagi di keempat-empat tempat pengundian awal ini hanya satu sahaja yang akan ditutup pada 12 tengahari iaitu bilangan yang kurang daripada 50 orang pengundi, manakala tiga lagi, mula 8 pagi hingga 5 petang," katanya di sini.

Tambahnya, jumlah itu adalah sebahagiandaripada keseluruhan 66,777 pengundi berdaftar bagi Parlimen Langkawi.

Satu daripadanya iaitu Bilik Mesyuarat Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1 akan beroperasi sehingga jam 12 tengah hari, selebihnya akan ditutup 5 petang.

Media Baharu