fb fb fb fb fb

Persiapan undi awal di PLDTD Kem Segenting, lancar

(Pegawai SPR membuat persiapan akhir di PLDTD Kem Segenting)

PORT DICKSON, 14 November- Persiapan undi awal di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Kem Segenting, Negeri Sembilan berjalan dengan lancar.

25 pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba sekitar pukul 2.30 petang bagi membuat persiapan akhir.

Lima saluran undi disediakan di pusat mengundi ini bagi memudahkan proses undi awal yang akan berlansung esok.

Notis langkah pengundian turut ditampal di pusat undi ini untuk perhatian pengundi awal.

Tiga buah khemah dipasang di luar dewan bagi pendaftaran pengundi sebelum masuk ke dewan bagi proses pengundian esok.

Anggota tentera turut hadir bagi membantu persiapan undi awal ini.

(Anggota tentera membantu persiapan undi awal di PLDTD)

Media Baharu