fb fb fb fb fb

Tuan Ibrahim, Wan Rosdy bincang bentuk kerajaan negeri Pahang

KUANTAN, 22 November- Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkaitan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memaklumkan perkara tersebut menerusi catatan laman Facebook.

"Berkaitan pembentukan kerajaan negeri Pahang, wakil Majlis Tertinggi PN Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail", katanya.


(Datuk Seri Saifuddin Abdullah)

"Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya.

Terdahulu, Majlis Tertinggi PN melantik Tuan Ibrahim untuk mengetuai rundingan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Pembentukan kerajaan negeri Pahang kini tergantung susulan tiada gabungan parti yang bertanding dalam Pilihanraya Raya Umum ke-15 (PRU15) memperoleh majoriti.

PRU15 menyaksikan PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Barisan Nasional (BN) 16 kerusi, manakala Pakatan Harapan lapan kerusi.

Selain itu juga, proses pengundian DUN Tioman ditangguhkan ke 7 Disember depan ekoran kematian calon PN kerusi itu Md Yunus Ramli, pada Sabtu lalu.

Media Baharu