(Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata negara masih aman
dan rakyat diminta bersabar)
ALOR SETAR, 22 November- Kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong sekali lagi diperlukan bagi menentukan calon paling layak menjadi Perdana Menteri seterusnya membentuk kerajaan baharu.
Ketua Kluster, Tadbir Urus dan Integriti Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata negara masih aman dan rakyat diminta bersabar.
"Memang kalau kita tengok situasi sekarang ini agak kelam-kabut kerana tidak ada mana-mana gabungan mampu membentuk kerajaaan. Sebab itulah masing-masing cuba untuk mencari jumlah bagi mencapai sekurangnya-kurangnya 112 (kerusi parlimen) dan ini menyebabkan keadaan tidak begitu stabil terutama masing-masing cuba menyatakan sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.
"Proses demokrasi dan Perlembagaaan Persekutuan adalah jelas. Yang di-Pertuan Agong pun telah menyatakan dengan begitu jelas, Seri Paduka meminta setiap pemimpin parti untuk menyerahkan SD (perakuan bersumpah) masing-masing kepada baginda untuk menentukan sokongan berapa banyak sokongan ahli parlimen terhdap seorang calon perdana menteri. Apabila dikira nanti seseorang itu mempunyai cukup majoriti mudah maka boleh menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan," kata Ahmad Martadha ketika ditemui RTM di Alor Setar.
"Senario sama telah berlaku sebelum ini, jadi parti-parti politik perlu melihat perkara tersebut dengan lebih berhati-hati supaya jika timbul keadaan sebegini maka mereka telah bersedia dan masyrakat juga mahukan ahli-ahli poitik membuat pertimbangan," tambah beliau.
(Profesor Dr Ahmad Martadha pembentukan kerajaan baharu: serah kepada proses demokrasi)