fb fb fb fb fb

Tindakan Dr Wan Norashikin sertai PAS adalah pilihan peribadi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

LENGGONG, 21 April- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, menyertai PAS sebagai pilihan peribadi.

Beliau juga menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan peribadi Datuk Dr Wan Norashikin.

"Sewaktu penamaan calon saya bertemu dengan beliau, bersama-sama mengiringi calon Barisan Nasional (BN), tetapi seminggu kemudiannya beliau ikut suami. Mungkin itulah langkah terbaik untuk beliau masuk syurga', katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Aspirasi di MRSM Lenggong.

Datuk Dr Wan Norashikin, isteri kepada bekas calon PAS di DUN Ayer Kuning pada pilihan raya umum lalu, memilih untuk menyertai suaminya.

Malam tadi, Datuk Dr Wan Norashikin menyerahkan surat rasmi kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengesahkan penyertaan beliau dalam PAS.

Keputusan tersebut tidak berkait dengan ideologi atau pendirian politik mana-mana parti.

Mengulas mengenai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menegaskan bahawa kempen seharusnya lebih fokus kepada kelebihan parti dan calon masing-masing. 

Beliau turut mengingatkan agar isu sensitif seperti 3R (Kaum, Agama dan Raja) dan masalah peribadi tidak dijadikan bahan kempen.

ROSLINA BINTI DIN