fb fb fb fb fb

Timbalan Pengerusi SPR turun padang tinjau proses pengundian PRK Mahkota

FOTO RTM

KLUANG, 28 September- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Dr. Azmi Sharom meninjau proses pengundiaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang.

Beliau yang tiba pukul 10 pagi tadi meluangkan masa hampir 15 minit bagi bertanya kelancaran proses pengundiaan di situ.

Seramai 2,850 pengundi daripada 61,274 pengundi  menunaikan tanggungjawab di sekolah tersebut.

Lima saluran dibuka mulai pukul 8 pagi dengan saluran 1 dan 2 dikhaskan bagi warga emas dan OKU.

Lebih 20 petugas digerak terdiri daripada pasukan keselamatan, Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 

Met Malaysia turut meramalkan cuaca hujan di petang nanti dan pengundi dinasihatkan untuk datang awal bagi menunaikan tanggungjawab mereka..

Selain turut pengundi diingatkan untuk membawa kad pengenalan, serta mengikut saluran yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, turut melaksanakan tanggungjawab beliau di SK Kampung Melayu pukul 10 pagi tadi.

Di N.29 Mahkota, 20 pusat mengundi dibuka membabitkan 109 saluran dan akan ditutup pukul 6 petang.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang dan  keputusan rasmi dijangka di umumkan  pukul 9 malam.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE