fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: SPR sasar peratusan mengundi 60 peratus

Datuk Seri Ramlan ketika melawat PDM di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini

KLUANG, 28 September - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Mahkota sebanyak 60 peratus, berbanding pilihan raya sebelum ini 57 peratus.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, ini berdasarkan trend proses pengundian yang berjalan tertib dan teratur, sejak pagi tadi.

Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, 29.08 peratus daripada 61,274 pengundi bagi PRK berkenaan selesai mengundi.

"Kita berharap kadar pengundian akan terus meningkat dengan baik dalam memastikan demokrasi yang kita junjung ini dapat berjalan dengan baik," jelasnya kepada pemberita selepas melawat pusat daerah mengundi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Bagaimanapun beliau menyeru pengundi bagi PRK berkenaan keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka susulan jangkaan MET Malaysia yang meramalkan hujan pada sebelah petang di Kluang.

"Selepas proses pengundian tamat, kiraan undi akan dilakukan di pusat pengundian masing-masing diikuti proses penjumlahan undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

"Keputusan PRK Mahkota dijangka diketahui seawal pukul 9.00 malam," jelasnya.

Trainee2